
Daddy Hood
1,000,000 Pengikut
DADDYCR3W
607,000 Pengikut
@Daddyhood_
33,600 Pengikut
daddyhood_
452,000 Pengikut
Profil
NUREDDY BIN NURSAL
Esport's Influencer
Saudara Nureddy Nursal atau panggilannya “Daddyhood” adalah merupakan pengasas organisasi e-sukan popular tanah air iaitu untuk Team Bosskurr dan HomeBois. Keterlibatan Daddyhood dalam permainan Mobile Legends dan PUBG Mobile tidak dapat disangkal lagi! Daddyhood selain bergelar penghibur penstriman, beliau juga merupakan seorang usahawan yang menawarkan barangan jenamanya sendiri melalui penjualan barangan seperti pakaian dan aksesori.
DaddyHood adalah antara nama besar dalam industri e-sukan yang dilihat mampu mendidik dan melahirkan ramai anak muda untuk berjaya dalam bidang e-sukan. Jumlah pengikutnya yang besar di komuniti sukan ini dan komitmennya untuk membantu pemain muda telah mengembangkan dan menaikkan e-sukan di serata tanah air. DaddyHood sendiri telah mengeluarkan belanja untuk membuat Gaming House atau rumah permainan video di sebuah gudang besar yang bertujuan untuk mengumpulkan seberapa banyak pemain profesional untuk berlatih dan mencungkil bakat-bakat baharu dalam industri ini.
Pemuda kelahiran Johor ini merupakan pempengaruh yang besar dalam bidang e-sukan dan sentiasa aktif menggunakan media sosial sebagai platform untuk berkongsi ilmu, kemahiran dan pendapat mengenai e-sukan ini. Melalui 607,000 subscribers, beliau telah dinobatkan sebagai Malaysia YouTubrity Award 2021 for Best E-Sports Channel 2021 dan menerima Gold Creator Award daripada Youtube! Kejayaan Daddyhood dalam dunia e-sukan turut mendapat pengiktirafan apabila beliau diangkat sebagai Ikon ‘Road to Asian Games’ oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Dalam usia 33 tahun, banyak pencapaian yang telah dikecapi dan semoga DaddyHood akan terus mencipta kejayaan di arena e-sukan untuk meraih lebih banyak kemenangan! Adakah DaddyHood Ikon Belia Influencer (Media Sosial) yang anda pilih? Jangan lupa undi!
Pencapaian
Content Creator
- Youtube: DADDYKR3W mempunyai 607,000 subsribers.
Founder
- HomeBois founder – Esport’s Worldwide Company
Pengurus
- Grand Final PMPL Southeast Asia (SEA Final) – Team Bosskur
- Champion Todak League MLBB Grandfinal – Team Bosskur
- PUBG Mobile Pro League – MYSGPH Fall 2022 – Manager
- PUBG Mobile Pro League – MYSG Season 4 – Manager
- PUBG Mobile Pro League – MYSG Season 3 – Manager
Anugerah
- Malaysia YouTubrity Award 2021 for Best E-Sports Channel 2021
- Gold Creator Award from Youtube for Surpassing 1 Million Subscribers