nisa_rinaa
109,600 Pengikut

Profil

ANIS ARINA AQILAH BINTI ROSLEE

Content Creator

Saudari Anis Arina adalah merupakan seorang pempengaruh di Tiktok yang merupakan pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Komunikasi (Komunikasi Sosial). Saudari Anis adalah anak kelahiran Sabah dan baru berusia 23 tahun. Dalam usia yang muda, saudari Anis telah menggunakan media sosial dengan sebaiknya untuk berkongsi pelbagai perkara yang menarik bersama pengikutnya. Anis mempunyai seramai 109,600 orang pengikut di akaun TikTok miliknya.  Pada yang belum mengenali, saudari Anis pernah tular dengan isu  “belajar dari bonet” dan “melakukan pembentangan melalui telefon rumah” yang telah meraih 9 juta tontonan dan mendapat liputan dalam 20 buah akhbar dalam talian!

Kandungan video terbabit telah membawa isu jurang digital iaitu capaian akses internet di pelbagai kawasan terutamanya di kawasan pedalaman dengan kawasan luar bandar. Keadaan ini juga memperlihatkan bahawa capaian internet dapat mempengaruhi proses pembelajaran dalam talian. Kandungan video ini mendapat pelbagai reaksi semua pihak dan secara tidak langsung video ini telah menginspirasikan belia untuk terus berusaha, tidak mudah berputus asa dan sentiasa mencar ikhtiar dalam mengejar cita-cita!

Sebagai seorang Pempengaruh di media sosial, saudari Anis tidak melepaskan peluang untuk bekerjasama dengan badan kerajaan dan pihak swasta seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Jabatan Bomba dan Keselamatan Malaysia, International Council Malaysia Scholar, MauKerja dan Worqex dalam mencipta lebih banyak kandungan untuk membangunkan masyarakat setempat khusunya golongan belia. Adakah saudari Anis adalah Ikon Belia Influencer (Media Sosial) pilihan anda? Jangan lupa undi Anis ya!

Pencapaian

Content Creator

  • Pencipta kandungan video “belajar dari bonet” dan “membentang daripada telefon rumah” yang meraih 9 juta tontonan dan mendapat liputan dalam 20 buah akhbar dalam talian.
  • Kandungan ini mengenegahkan isu jurang digital iaitu capaian akses internet dan bagaimana ianya mempengaruhi proses pembelajaran dalam talian.
  • Video ini telah menginspirasikan belia dan masyarakat setempat untuk terus berusaha, tidak mudah berputus asa dan sentiasa mencar ikhtiar dalam mencapai cita-cita dan impian.
  • Pencipta kandungan video “menyelamatkan seorang bayi yang dibuang di Hulu Selangor”.
  • Berjaya menimbulkan isu berkenaan pembuangan bayi dan berkongsi tindakan kecemasan yang boleh dilakukan untuk mendepani situasi ini.
  • Mencipta kandungan berkaitan pendidikan dan kemahiran kepada golongan belia.

Kolaborasi

  • Bekerjasama dengan badan kerajaan dan pihak swasta seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli , Jabatan Bomba dan Keselamatan Malaysia, International Council Malaysia Scholar, MauKerja dan Worqex dalam mencipta kandungan untuk membangunkan masyarakat setempat.

Anugerah

  • Best Young Project Innovator bersempena KPT PACE 2022
  • Anugerah Emas – Asian Youth Innovation Awards bersempena Malaysia Technology Expo 2021
  • Anugerah Khas Fakulti Bahasa dan Komunikasi bersempena Majlis Apresiasi pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi