
Ajar
152,882 Pengikut
Ajar
448,000 Pengikut
@ajarmalaysia
129,800 Pengikut
Ajarmalaysia
59,500 Pengikut
Profil
MUHAMMAD HAZIQ BIN ABD RAHIM
Pengasas AJAR Malaysia
Saudara Muhammad Haziq adalah pengasas Channel YouTube AJAR. AJAR adalah merupakan salah satu platform pendidikan di luar buku teks yang memaparkan pelbagai perkongsian video-video berkaitan pendidikan. Sehingga Oktober 2022, subscribers untuk Channel AJAR mencatatkan seramai 448,000 orang. Penubuhannya pada Oktober 2017 telah berjaya menarik hati penonton dengan meraih hampir 50 juta tontonan. Channel ini telah dianugerahkan Youtube Silver Award. Ini adalah suatu pencapaian yang sangat mengujakan untuk sebuah platform pendidikan di Malaysia!
Saudara Haziq telah menghasilkan lebih 700 buah artikel pendidikan dan laman sesawang ajar.com.my telah memperolehi capaian sehingga 14 juta orang. Anak kelahiran Selangor yang berumur 29 tahun ini turut terlibat dalam penghasilan komik dan majalah pendidikan iaitu Tempur Nombor 1, Tempur Nombor 2 dan Fantasains. Saudara Haziq turut terlibat dalam pelaksanaan Program FantaSains. Program ini telah disusun khas bagi pelajar-pelajar dengan tujuan untuk meningkatkan minat serta kefahaman mereka dalam topik sains melalui pengisian pelbagai aktiviti yang menarik yang telah ditampilkan oleh HyppTV, TVPertiwi dan Minggu Saham Digital.
Penglibatan Saudara Haziq tidak terhenti di sini, beliau turut turun padang untuk berkongsi secara terus memberi ceramah, mengadakan bengkel dan forum kepada pelajar sekolah, kolej dan universiti. Saudara Haziq turut mengadakan kerjasama bersama PTS, Monsta, Foldscope Malaysia, Yayasan Maghfirah, Chemical Company Malaysia, Mamadil, Universiti-Universiti dan pelbagai lagi. Jom Undi Saudara Haziq sebagai Ikon Belia Influencer (Media Sosial) anda!
Pencapaian
Content Creator
- Pencipta kandungan pendidikan dan video yang mencapai status viral dalam sosial media sehingga berjuta-juta tontonan.
- Menghasilkan sebanyak 700+ artikel pendidikan.
- Menerima Youtube Silver Award.
- Saluran Pendidikan Malaysia yang pertama memperoleh sehingga 14 juta capaian di laman web.
- Saluran pendidikan ‘di luar buku teks’ pertama di Malaysia
Kolaborasi
- Bekerjasama dengan PTS, Monsta, Foldscope Malaysia, universiti tempatan, Yayasan Maghfirah, Chemical Company Malaysia, Mamadil, Universiti-Universiti dan pelbagai lagi.
Penceramah
- Memberi ceramah kepada pelajar sekolah, universiti, kolej, forum, bengkel,
Perintis / Pengasas
- Seorang pengasas dalam penciptaan kandungan pendidikan gaya moden yang merangkumi sains, matematik, sejarah dan falsafah Melayu
- Menguruskan program backyard science – styled untuk pelajar sekolah berpendapatan rendah yang disebut Fantasains. Ditampilkan oleh HyppTV, TVPertiwi dan Minggu Saham Digital.
- Menghasilkan komik dan majalah pendidikan pertamanya – Tempur Nombor 1 & 2, Fantasains.
Anugerah
- Dilantik sebagai Universiti Tenaga Nasional Influencer.