Anugerah ini diperkenalkan bagi menghargai dan mengiktiraf golongan pempengaruh belia yang telah menyumbang dalam pembangunan belia di Malaysia.
A. TAKRIFAN
- Influencer adalah individu yang mampu mempengaruhi individu lain. Influencer juga disebut sebagai Individu Berpengaruh / Pempengaruh.
- Individu Berpengaruh / Pempengaruh adalah merupakan seseorang yang mempunyai status sosial yang tinggi di media sosial. Mereka mempunyai peranan penting dalam membentuk keputusan pengguna. Selain itu, mereka juga mampu mempengaruhi pengguna untuk terpengaruh dalam membuat keputusan, terutamanya melalui media sosial.
B. SYARAT-SYARAT
- Penyertaan terbuka warganegara Malaysia yang berumur 15 - 35 tahun pada tahun 2022.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 orang pengikut salah satu platform media sosial: Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan TikTok.
- Diperakukan sumbangan dan peranan mereka berdasarkan kegiatan yang dikongsi di media massa, media sosial, serta liputan akhbar.
- Penilaian adalah berdasarkan perkongsian individu yang dapat memberikan memberikan sumbangan signifikan kepada masyarakat/ komuniti/ negara melalui platform media sosial.
- Kandungan sosial media perlu memaparkan program yang berimpak tinggi kepada pembangunan belia.
- Setiap individu hanya dibenarkan menghantar 1 pencalonan sahaja. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Calon perlu menghantar video berdurasi 3-5 minit mengandungi salah satu model pembangunan belia positif / Positive Youth Development (PYD) di Facebook/ Instagram/ TikTok/ Twitter/ YouTube dengan menggunakan hashtag / tanda pagar #JBSNInfluencerAward2022.
- Pembangunan Belia Positif merangkumi lapan (8) domain utama iaitu:
- Penyayang (Caring)
- Perwatakan (Character)
- Bertimbang Rasa (Considerate)
- Kompetetif (Competitive)
- Sumbangan (Contribute)
- Keyakinan (Confident)
- Kerjasama (Cooperation)
- Cekap (Competent) - Penyusunan lima terbaik hantaran dengan menggunakan hashtag / tanda pagar #JBSNInfluencerAward2022 akan dinilai melalui bilangan like dan kandungan video.
- Calon yang disenarai pendek oleh pihak Sekretariat akan dipanggil untuk sesi temuduga secara atas talian.
- Calon perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:
- Profil / Resume
- Salinan Kad Pengenalan - Pencalonan perlu dilakukan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan. Permohonan yang lewat tidak akan diproses.
- Calon mestilah tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan bankrap atau muflis.
- Semua permohonan tertakluk pada terma dan syarat. Keputusan Panel Penilai adalah telus, adil dan muktamad.
C. KRITERIA PEMARKAHAN
i. KRITERIA SEBAGAI INFLUENCER
- 100,000 orang pengikut di setiap media sosial.
- Akaun media sosial adalah milik calon dan bukan akaun milik individu lain / akaun palsu.
- Jumlah like setiap hantaran adalah selari dengan jumlah pengikut.
ii. PERSONALITI
- Perwatakan menarik
- Berketrampilan
- Kemahiran komunikasi yang baik
- Pendidikan Formal
iii. RELEVENSI SUMBANGAN
- Kesesuaian hantaran / kandungan media sosial calon terhadap pembangunan belia di Malaysia.
- Berkemampuan untuk membuat perubahan dan menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan menyumbang kepada pencapaian matlamat-matlamat Dasar Belia Malaysia (DBM).
- Impak positif sumbangan kepada pembangunan belia Malaysia.
iv. LIPUTAN MEDIA MASSA UTAMA
- Pendekatan calon untuk menggunakan media massa sebagai platform penyebaran ilmu atau sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada golongan belia di Malaysia.
- Perkongsian menggunakan media sosial berkait rapat dengan bidang kepakaran.
- Persembahan kandungan / content di media sosial.
v. MISI / VISI
- Usaha-usaha/ kreativiti yang boleh dilaksanakan oleh calon termasuk hala tuju dalam pembangunan belia.
- Pandangan/ sumbangan yang hendak dilakukan ke arah pembangunan belia negara.