Anugerah ini di perkenalkan bagi menghargai dan mengiktiraf golongan belia yang mempunyai sifat karismatik dan berkepimpinan terutamanya dalam pembangunan belia Malaysia.
A. TAKRIFAN
- Karisma Kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yg menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kepada khalayak ramai. (Dewan Bahasa Edisi 4)
- Karismatik berkarisma, menunjukkan karisma. (Dewan Bahasa Edisi 4)
- Karismatik dalam Bahasa Greek bermaksud gift from the gods atau anugerah, iaitu kombinasi charm dan personal magnetism.
- Cogner dan Kanungo (2011) turut menyatakan pemimpin karismatik adalah pemimpin yang mempunyai:
– Keyakinan terhadap diri sendiri berkenaan keupayaan mengendalikan masalah,
– Komited terhadap usaha merealisasikan satu visi bagi menambahbaik situasi masa hadapan,
– Berupaya untuk menyampaikan visi dengan jelas,
– Mempunyai perilaku yang luar biasa,
– Menjadi agen perubahan yang produktif serta sensitif akan keperluan kakitangan bawahan.
B. SYARAT-SYARAT
- Penyertaan terbuka warganegara Malaysia yang berumur 15 – 35 tahun pada tahun 2022.
- Penilaian adalah bagi pencapaian individu dalam tempoh 5 tahun (2017-2021) sahaja.
- Pencalonan terbuka kepada pemimpin individu yang tidak berpersatuan / berpersatuan.
- Setiap individu hanya dibenarkan menghantar 1 pencalonan sahaja. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Calon perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:
– Profil / Resume
– Salinan Kad Pengenalan - Calon perlu menghantar video berdurasi 3-5 minit mengandungi elemen seperti berikut:
– Pengenalan Diri
– Sumbangan dalam pembangunan belia
– Pengiktirafan/ anugerah yang pernah dimenangi
– Visi dan Misi dalam pembangunan belia / kepimpinan - Calon yang disenarai pendek oleh pihak Sekretariat akan dipanggil untuk sesi temuduga secara atas talian/ fizikal.
- Pencalonan perlu dilakukan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan. Permohonan yang lewat tidak akan diproses.
- Calon mestilah tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah dan tidak pernah diistiharkan bankrap atau muflis.
- Semua permohonan tertakluk pada terma dan syarat. Keputusan Panel Penilai adalah telus, adil dan muktamad.
C. KRITERIA PEMARKAHAN
i. PERSONALITI
- Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dan kualiti sebagai seorang pemimpin.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
ii. SUMBANGAN
- Menganjurkan program-program pembangunan belia berimpak tinggi yang menjadi inspirasi generasi belia setempat.
- Berkemampuan untuk membuat perubahan dan menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan menyumbang kepada pencapaian *matlamat-matlamat Dasar Belia Malaysia (DBM).
- Impak sumbangan kepada pembangunan belia Malaysia.
- Impak sumbangan kepada pembangunan kepimpinan Malaysia.
iii. PENCAPAIAN / PENGIKTIRAFAN
- Mendapat pengiktirafan dan pencapaian tinggi serta mengharumkan nama Negara dalam pembangunan belia dan membawa faedah di peringkat negeri / kebangsaan / antarabangsa.
iv. LIPUTAN MEDIA MASSA UTAMA
- Pendekatan calon untuk menggunakan media massa sebagai salah satu platform penyebaran ilmu atau sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada golongan belia di Malaysia.
- Perkongsian menggunakan media sosial berkait rapat dengan bidang kepakaran.
- Hebahan media dalam bentuk:
– Webinar
– Kolum Khas
– Video Pendek
– Rencana
– Lain-lain