Anugerah ini diperkenalkan bagi menghargai dan mengiktiraf golongan belia yang menyumbang dalam pembangunan kelestarian alam di Malaysia. 


A. TAKRIFAN

  1. Kelestarian tidak berubah-ubah, kekal dan tetap (Dewan Bahasa Edisi 4).
  2. Alam dunia atau bumi (Dewan Bahasa Edisi 4).
  3. Idea kelestarian telah muncul pada masa ini bertujuan untuk membendung implikasi ekonomi, sosial dan alam sekitar yang memberi kesan kepada kehidupan manusia. Keadaan ekonomi, sosial dan alam sekitar telah terjejas oleh sikap manusia sendiri yang hanya mengejar keuntungan peribadi tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada kesejahteraan hidup masyarakat.
  4. Idea kelestarian yang dikemukakan Laporan Brundtland menyatakan bahawa gabungan faktor kestabilan alam sekitar, sosial dan ekonomi menyumbang kepada kelestarian.

 
B.
SYARAT-SYARAT

  1. Penyertaan terbuka warganegara Malaysia yang berumur 15 - 35 tahun pada tahun 2022.
  2. Penilaian adalah bagi pencapaian individu dalam tempoh 5 tahun (2017-2021) sahaja.
  3. Setiap individu hanya dibenarkan menghantar 1 pencalonan sahaja. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  4. Calon perlu menghantar video berdurasi 3-5 minit mengandungi elemen seperti berikut:
    - Rekaan / Program yang dilaksanakan
    - Impak rekaan / program yang dilaksanakan
    - Pencapaian dan kejayaan
  5. Calon perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:
    - Profil / Resume
    - Salinan Kad Pengenalan
  6. Calon yang disenarai pendek oleh pihak Sekretariat akan dipanggil untuk sesi temuduga secara atas talian/ fizikal.
  7. Pencalonan perlu dilakukan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan. Permohonan yang lewat tidak akan diproses.
  8. Calon mestilah tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah dan tidak pernah diistiharkan bankrap atau muflis.
  9. Semua permohonan tertakluk pada terma dan syarat. Keputusan Panel Penilai adalah telus, adil dan muktamad.


C. KRITERIA PEMARKAHAN

i. SUMBANGAN

  1. Sumbangan dalam penganjuran aktiviti/ misi/program alam sekitar berimpak tinggi.
  2. Pelaksanaan program berbentuk kesedaran, pemeliharaan dan pemuliharaan bagi menjamin kelestarian alam sekitar.
  3. Sumbangan kepada penyelesaian isu alam sekitar/ ciptaan / reka bentuk yang signifikan dan memberi impak kepada masyarakakat.
  4. Mempunyai aspek pengkomersialan seperti:
    - Mesra pengguna
    - Peningkatan produktiviti
    - Penjimatan masa
    - Penjimatan kos
    - Dapat digunakan sepenuhnya oleh lapisan masyarakat

 ii. IMPAK SUMBANGAN

  1. Impak sumbangan kepada kelestarian alam sekitar dan kepada masyarakat

 iii. PENCAPAIAN / PENGIKTIRAFAN

  1. Pencapaian individu dalam aspek kelestarian alam / alam sekitar
  2. Anugerah/ pengiktirafan yang pernah diterima

 iv. INOVASI / PEMBAHARUAN

  1. Adaptasi / penambahbaikan / pengubahsuaian idea
  2. Ciptaan baru / keaslian reka bentuk
  3. Kualiti reka bentuk / program