Anugerah ini di perkenalkan bagi menghargai dan mengiktiraf golongan kelainan upaya belia yang menyumbang kepada pencapaian matlamat-matlamat Dasar Belia Malaysia (DBM) dan Dasar Orang Kurang Upaya (OKU).
A. TAKRIFAN DAN DASAR OKU
- Orang Kurang Upaya (OKU) adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat. (Dasar Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat).
- Dasar OKU menetapkan empat objektif berikut:
- Memberi pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU mempunyai hak dan peluang yang sama bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.
- Memastikan OKU menikmati hak, peluang dan akses secara saksama di bawah undang-undang negara.
- Menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebab ketidakupayaannya dan.
- Mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak OKU.
B. SYARAT-SYARAT
- Penyertaan terbuka warganegara Malaysia.
- Penyertaan kepada belia OKU yang berumur 15 - 35 tahun pada tahun 2022.
- Penilaian pencapaian individu dalam tempoh 5 tahun (2017-2021) dalam bidang pembangunan belia.
- Setiap individu hanya dibenarkan menghantar 1 pencalonan sahaja. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Calon perlu menghantar video berdurasi 3-5 minit mengandungi elemen seperti berikut:
- Pengenalan Diri
- Sumbangan dalam pembangunan belia
- Pengiktirafan/ anugerah yang pernah dimenangi
- Visi dan Misi dalam pembangunan belia - Calon perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:
- Profil / Resume
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Kad OKU - Calon yang disenarai pendek oleh pihak Sekretariat akan dipanggil untuk sesi temuduga secara atas talian/ fizikal.
- Pencalonan perlu dilakukan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan. Permohonan yang lewat tidak akan diproses.
- Calon mestilah tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah dan tidak pernah diistiharkan bankrap atau muflis.
- Semua permohonan tertakluk pada terma dan syarat. Keputusan Panel Penilai adalah telus, adil dan muktamad.
C. KRITERIA PEMARKAHAN
i. PERSONALITI
- Personaliti yang menarik.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
- Keterampilan
ii. SUMBANGAN
- Menganjurkan program-program pembangunan belia berimpak tinggi yang menjadi inspirasi generasi belia setempat.
- Berkemampuan untuk membuat perubahan dan menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan menyumbang kepada pencapaian matlamat-matlamat Dasar Belia Malaysia (DBM).
- Sumbangan dalam pelbagai bidang seperti keusahawanan / kepimpinan / kesukarelaan / kebajikan.
- Impak sumbangan kepada pembangunan belia Malaysia dan kepada belia-belia OKU di Malaysia.
iii. PENCAPAIAN / PENGIKTIRAFAN
- Mendapat pengiktirafan dan pencapaian tinggi serta mengharumkan nama Negara dalam pembangunan belia dan membawa faedah di peringkat daerah / negeri / kebangsaan / antarabangsa.
iv. MISI / VISI
- Usaha-usaha/ projek peningkatan yang kreatif dan inovatif yang dilaksanakan oleh calon termasuk hala tuju dalam pembangunan belia.
- Pandangan/ sumbangan yang hendak dilakukan ke arah pembangunan belia negara.