Anugerah ini di perkenalkan bagi menghargai dan mengiktiraf golongan belia yang menyumbang dalam pembangunan inovasi dan teknologi di Malaysia.
A. TAKRIFAN
- Reka mereka, mereka-reka, rekaan, pereka (Dewan Bahasa Edisi 4).
- Tekno adalah singkatan daripada perkataan “Teknologi” yang membawa maksud aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, sains gunaan dan lain-lain (Dewan Bahasa Edisi 4).
B. SYARAT-SYARAT
- Penyertaan terbuka warganegara Malaysia yang berumur 15 - 35 tahun pada tahun 2022.
- Penilaian adalah bagi pencapaian individu dalam tempoh 5 tahun (2017-2021) sahaja.
- Setiap individu hanya dibenarkan menghantar 1 pencalonan sahaja. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Calon perlu menghantar video berdurasi 3-5 minit mengandungi elemen seperti berikut:
- Rekaan / Inovasi yang dilakukan
- Impak rekaan / inovasi yang dilakukan
- Kreativiti persembahan
- Pencapaian dan kejayaan inovasi - Calon perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:
- Profil / Resume
- Salinan Kad Pengenalan - Calon yang disenarai pendek oleh pihak Sekretariat akan dipanggil untuk sesi temuduga secara atas talian/ fizikal.
- Pencalonan perlu dilakukan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan. Permohonan yang lewat tidak akan diproses.
- Calon mestilah tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah dan tidak pernah diistiharkan bankrap atau muflis.
- Semua permohonan tertakluk pada terma dan syarat. Keputusan Panel Penilai adalah telus, adil dan muktamad.
C. KRITERIA PEMARKAHAN
i. KECENDERUNGAN KREATIVITI DAN INOVASI
- Adaptasi / penambahbaikan / pengubahsuaian idea
- Ciptaan baru / keaslian reka bentuk
- Kualiti reka bentuk
- Kekemasan reka bentuk
ii. KEBOLEHGUNAAN
- Kajian yang teratur dan berasaskan analisis keperluan.
- Perbandingan dengan kajian lepas.
- Masih dalam peringkat percubaan / sudah boleh digunakan sepenuhnya
iii. STATUS INOVASI / KECENDERUNGAN FUNGSI
- Peringkat kesempurnaan
- Bench Scale
- Pilot Scale
- Finish Product
iv. IMPAK INOVASI KEPADA MASYARAKAT
- Sumbangan kepada kemajuan sains, teknologi, sosio-ekonomi atau perindustrian negara.
- Impak kepada wealth creation/ well-being/ security
- Mempunyai aspek pengkomersialan seperti:
- Mesra pengguna
- Peningkatan produktiviti
- Penjimatan masa
- Penjimatan kos
- Dapat digunakan sepenuhnya oleh lapisan masyarakat - Mempunyai potensi untuk penjanaan peluang kerjaya:
- Boleh dipasarkan / dikomersialkan
- Dapat menjana pendapatan / membuka peluang pekerjaan
v. KEKUATAN PERSEMBAHAN
- Kekuatan persembahan video dan penyampaian calon semasa sesi temu duga
- Pengetahuan terhadap ciptaan / idea