Anugerah ini diperkenalkan bagi menghargai dan mengiktiraf golongan belia yang telah terlibat dalam aktiviti bepersatuan / pembangunan belia di Malaysia.
A. TAKRIFAN
- Sanjungan penghormatan atau pujian (Dewan Bahasa Edisi 4).
- Budi akal atau kebijaksanaan (Dewan Bahasa Edisi 4).
B. SYARAT-SYARAT
- Warganegara Malaysia
- Terbuka kepada individu yang berumur 40 tahun ke atas.
- Kategori ini adalah terbuka kepada individu yang telah bergiat aktif dalam pembangunan belia* / persatuan belia sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 tahun.
- Setiap individu hanya dibenarkan menghantar 1 pencalonan sahaja. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Calon perlu menghantar video berdurasi 3-5 minit mengandungi elemen seperti berikut:
- Pengenalan Diri
- Sumbangan dalam pembangunan belia
- Pengiktirafan/ anugerah yang pernah dimenangi
- Visi dan Misi dalam pembangunan belia - Calon perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:
- Profil / Resume
- Salinan Kad Pengenalan - Calon yang disenarai pendek oleh pihak Sekretariat akan dipanggil untuk sesi temuduga secara atas talian/ fizikal.
- Pencalonan perlu dilakukan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan. Permohonan yang lewat tidak akan diproses.
- Calon mestilah tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah dan tidak pernah diistiharkan bankrap atau muflis.
- Semua permohonan tertakluk pada terma dan syarat. Keputusan Panel Penilai adalah telus, adil dan muktamad.
**Definisi pembangunan belia dalam Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007, Akta 668 dalam perkara 34 subseksyen (2) adalah merangkumi perkara berikut:
- pembangunan pengetahuan belia;
- pembangunan sikap belia;
- pembangunan organisasi dan kepimpinan belia;
- pembangunan keusahawanan dan vokasional belia;
- memupuk gaya hidup sihat di kalangan belia;
- kemudahan bagi interaksi sosial untuk belia;
- perkongsian belia dalam pembangunan; dan
- hubungan dan rangkaian antarabangsa di kalangan belia.
C. KRITERIA PEMARKAHAN
i. PERSONALITI
- Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang baik.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
- Keterampilan
- Pendidikan Formal
ii. SUMBANGAN
- Menganjurkan program-program pembangunan belia berimpak tinggi yang menjadi inspirasi generasi belia setempat.
- Berkemampuan untuk membuat perubahan dan menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan menyumbang kepada pencapaian matlamat-matlamat Dasar Belia Malaysia (DBM).
- Sumbangan dalam pelbagai bidang seperti keusahawanan / kepimpinan / kesukarelaan / kebajikan.
- Impak sumbangan kepada pembangunan belia Malaysia.
iii. PENCAPAIAN / PENGIKTIRAFAN
- Mendapat pengiktirafan dan pencapaian tinggi serta mengharumkan nama Negara dalam pembangunan belia dan membawa faedah di peringkat daerah / negeri / kebangsaan / antarabangsa.
iv. LIPUTAN MEDIA MASSA UTAMA
- Pendekatan calon untuk menggunakan media massa sebagai salah satu platform penyebaran ilmu atau sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada golongan belia di Malaysia.
- Perkongsian menggunakan media sosial berkait rapat dengan bidang kepakaran.
- Hebahan media dalam bentuk:
- Webinar
- Kolum Khas
- Video Pendek
- Rencana
- Lain-lain
v. MISI / VISI
- Usaha-usaha/ projek peningkatan yang kreatif dan inovatif yang dilaksanakan oleh calon termasuk hala tuju dalam pembangunan belia.
- Pandangan/ sumbangan yang hendak dilakukan ke arah pembangunan belia negara.
- Usaha/ penambahbaikan berterusan yang akan dilaksanakan untuk pembangunan belia / transisi kepimpinan belia.