Anugerah ini di perkenalkan bagi menghargai dan mengiktiraf penglibatan belia dalam bidang keusahawanan serta kejayaan dalam perniagaan yang diusahakan. Selain itu, anugerah juga bertujuan menggalakkan semangat keusahawanan dalam kalangan syarikat belia tempatan yang berpotensi memainkan peranan penting dalam ekonomi negara selaras dengan dasar Kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai belia berkecimpung dalam bidang keusahawanan. 


A. TAKRIFAN

  1. Youth adalah belia dalam bahasa Inggeris yang membawa maksud Individu belia yang berumur di antara 15 tahun dan sebelum mencapai umur 30 tahun (Dasar Belia Malaysia).
  2. Biz adalah singkatan kepada perkataan business atau perniagaan. 

 

B. SYARAT-SYARAT

  1. Penyertaan terbuka kepada usahawan belia yang berwarganegara Malaysia berumur 15 - 35 tahun pada tahun 2022.
  2. Calon mestilah mempunyai perniagaan yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  3. Penilaian adalah bagi pencapaian keusahawanan atau perniagaan yang dijalankan dalam tempoh 3 tahun (2019-2021) sahaja.
  4. Setiap individu hanya dibenarkan menghantar 1 pencalonan sahaja. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  5. Calon perlu menghantar video berdurasi 3-5 minit mengandungi elemen seperti berikut:
    - Pengenalan/ introduksi perniagaan
    - Gambar Produk/ perkhidmatan yang tawarkan
    - Lokasi perniagaan
    - Kejayaan/ anugerah yang pernah dimenangi (sekiranya ada)
  6. Calon perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:
    - Profil Usahawan
    - Sijil pendaftaran perniagaan
    - Carta organisasi syarikat/ perniagaan
    - Penyata kewangan tiga tahun (2019-2021)
    - Bukti pembayaran cukai
  7. Calon yang disenarai pendek oleh pihak Sekretariat akan dipanggil untuk sesi temuduga secara atas talian/ fizikal.
  8. Pencalonan perlu dilakukan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan. Permohonan yang lewat tidak akan diproses.
  9. Calon mestilah tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah dan tidak pernah diistiharkan bankrap atau muflis.
  10. Semua permohonan tertakluk pada terma dan syarat. Keputusan Panel Penilai adalah telus, adil dan muktamad.

 

C. KRITERIA PEMARKAHAN

i. PERSONALITI

  1. Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan berwibawa dalam pengurusan perniagaan.
  2. Menganjurkan program-program keusahawanan berimpak tinggi yang membuahkan hasil yang berguna serta menjadi inspirasi generasi belia setempat.
  3. Mempunyai motivasi diri yang tinggi, berkeupayaan dan berkemampuan meningkatkan kemajuan dan mencapai kejayaan secara berterusan dengan self development.

 

ii. KOMPETATIF

  1. Kreatif dan inovatif dan mempunyai kemampuan untuk menghasilkan karya/ ciptaan baru (bertahan dalam apa jua keadaan seperti Pandemik Covid-19).

 

iii. SUMBANGAN

  1. Mendapat pengiktirafan dan pencapaian tinggi serta mengharumkan nama Negara dalam bidang keusahawanan dan membawa faedah di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
  2. Berkemampuan untuk membuat perubahan dan menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan menyumbang kepada pencapaian matlamat-matlamat Dasar Belia Malaysia (DBM).

 

iv. PERNIAGAAN SYARIKAT

  1. Tadbir urus perniagaan
    a. Profil syarikat/ organisasi
    b. Struktur syarikat/ organisasi
    c. Media Sosial syarikat/ organisasi
  2. Produk/perkhidmatan yang diusahakan
    a. Business development plan berkaitan produk/ perkhidmatan
    a. Pemasaran produk/ perkhidmatan
  3. Kewangan
    a. Laporan kewangan syarikat/ organisasi
  4. Teknologi dan inovasi
    a. Teknologi dan inovasi yang digunakan serta kesediaan produk/ perkhidmatan untuk eksport (sekiranya ada).